Nota BM

Bahasa Melayu STPM

Kertas 1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



Asal Usul Bahasa Melayu



Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.



Asal Usul Bangsa Melayu



Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.



Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.



Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

• Bahasa Melayu Kuno,

• Bahasa Melayu Klasik dan

• Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

• Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

• Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

• Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

• Pengaruh agama Hindu

• Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.

• Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

• Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

• Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)

• Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

• Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.







Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

• Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit

• Susunan ayat bersifat Melayu

• Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

• bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

• Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

• Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)

• Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik



Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

• ditulis dalam huruf India

• mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.

• bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

• masih memakai abjad India

• buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

• ditulis dalam tulisan Jawi

• membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.





Bahasa Melayu Klasik



Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

• Zaman kerajaan Melaka

• Zaman kerajaab Acheh

• Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.



Ciri-ciri bahasa klasik:

• ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.

• banyak ayat pasif

• menggunakan bahasa istana

• kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

• banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

• ayat songsang

• banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden



Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.







Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu



Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.

Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.

a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena)

b. Perkataan bahaas melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.

c. Kegemaran menggunakan bahasa asing.

d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.

Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:

a. huruf atau sistem tulisan

b. bunyi-bunyi

c. imbuhan

d. kosa kata sepertiperkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan

e. struktur ayat.



Jenis-jenis peminjaman



a. peminjaman tulen (matematik, bonus)

b. peminjaman kacukan (kasut but)

c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)

d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).

e. peminjaman kuno (purnama)

f. peminjaman berpindah (vokal/vowel)

Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:

Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris

Bunyi-bunyi Asing



Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan sanskrit.

Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.

Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula.



Bunyi Contoh Perkataan

/sy/ syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak

/kh/ khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh

/gh/ ghairah, ghalib, ghazal, maghrib

/f/ fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf

/dh/ darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d)

/z/ zalim, zaman, wazir

/th/ sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s')

/q/ qari, qadim, furqan

Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual):

Bunyi Contoh Perkataan

/f/ fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf

/v/ vaksin, vakum, novel, televisyen

/sy/ syampu, syif, televisyen, kusyen

/z/ zip, zon, dozen, gazet



Imbuhan Asing

Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.

Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah.

Sumber Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Perkataan

Sanskrit awalan maha- maharaja, mahaguru, mahasiswa

pra- prakata, prasangka, prauniversiti

tata- tatacara, tatarakyat, tatasusila

swa- swasta, swadaya, swalayan

eka- ekabahasa, ekafungsi, ekanada

dwi- dwibahasa

panca- pancaindera, pancalogam,.

akhiran -man seniman, budiman

-wan karyawan, hartawan

-nita biduanita

-wati seniwati, angkasawati

Arab-Parsi Awalan bi- binomial, biadab, bimormal

Akhiran -i abadai, insani, akhiri

-wi duniawi

-iah ilmiah

-in hadirin

-ah ustazah

-at hadirat

Inggeris-Eropah Awalan anti- antibiotik, anti-Yahudi

pro- prokerajaan, pro-Amerika

poli- poliklinik

auto- autonomi, autograf

sub- subgolongan, subbidang

supra- supranasional, suprakelas

Akhiran -al klinikal, kritikal, praktikal

-isme idealisme, nasionalisme

Pengaruh Bahasa Inggeris



Aspek Pinjaman

Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.



Pinjaman Nahu

Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is)

Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way).







DINAMIKA BAHASA MELAYU

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.

Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

Dialek Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.

Idiolek Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.

merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.

Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.

Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek sosial Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:





Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.

Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.

Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.

Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.



Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal

Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal

Ayat yang tidak gramatis.

Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.

Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu. Ayat yang gramatis

Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.

Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra Ragam Bahasa Formal

Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.

Ciri-ciri lain:

a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap



Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku.

Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.



Bahasa Basahan

Juga disebut sebagai bahasa kolokial.

Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.

Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:

(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa

Bahasa Baku Bahasa Basahan

mengapa kenapa

bagaimana macam mana

sedang tengah

(b) bentuk kependekan

Bahasa Baku Bahasa Basahan

hendak nak

tidak tak

sudah dah

(c) perubahan bunyi

Bahasa Baku Bahasa Basahan

ambil ambik

kecil kecik

pula pulak



Bahasa Pasar

Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu

Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.

Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.

Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).

Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.

Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.



Bahasa Halus

Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.

Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.

Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.

Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.

Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.

Berikut diturunkan beberapa contoh:

Bahasa Basahan Bahasa Halus

kencing Buang air kecil

berak Buang air besar

mengandung/bunting Berbadan dua

kubur makam

Bahasa Kasar

Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.



Dialek

variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.

Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.

Dialek berbeza dari segi:

a. Sebutan

Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

b Gaya lagu bahasa

Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.

c. Tatabahasa

Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.

perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).

(d) Kosa kata

Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)

(e) kata ganti diri

Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)

Hang (dialek utara bermaksud kamu)



________________________________________

Laras Bahasa

Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.

Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs seuatu wacana digunakan.

Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.

Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.

Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.

Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.

Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)

Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, enidikan, matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.

JIka wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selariperlawanan bola sepak , rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan disampaiakns ecara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?

JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?

Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif?



Jenis dan Ciri Laras Bahasa



Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.

Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam).

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:

kosa kata

tatabahasa

gaya



Laras Bahasa Biasa



Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)

Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).

Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.

Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Biasa

Formal/Rasmi Tak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

.

Laras Bahasa Perniagaan



Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) slogan: Kami Ada Cara

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.



Laras Bahasa Akademik

Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.

Bersifat teknikal.

Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.

Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.



Laras Bahasa Undang-Undang

Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.



Laras bahasa media

Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind aripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.



Laras Bahasa Sastera

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

a kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.



Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Kesimpulan:

Golongan laras Bidang Situasi Contoh Bahan

Biasa Hiburan

Pengetahuan

Maklumat

Upacara/.Majlis Khalayak Umum Berita, laporan. iklan, surat peribadi

Ucapan syarahan

Acara majlis umum

Doa, khutbah

Khusus Doa-khutbah

Teknikal

Ilmiah Khalayak Umum Acara majlis rasmi

Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.

Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.





Wacana



1. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana.

2. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.

3. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.

4 Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:

i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'

ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).

5. Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.

6. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:

a. pendahuluan

b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

c. penutup

d. graf, jadual, peta dan statistik.

7. Ia dapat digambarkan seperti berikut:





8. Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.

9. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.

Fungsi Contoh

1. Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.

2. Urutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.

3. Penyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.

4. Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.

5. Rumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.

7. Waktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.

8. Sebab dan kesan oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.

9. Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.

10. Pertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.

11. Pengesahan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.





Retorik



Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.

Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai.

Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:

1. penguasaan tatabahsa

2. penggunaan pelbagai ragam bahasa

3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik

4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.

Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi ynag dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Disamping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan dengan empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), atau penghujahan.

Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.

Induktif Mengemukakan fakta dan maklumat yangberbentuk khsusu dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.

Deduktif Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus.

Analogi Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan anttara dua perkara atau senario.

Naratif Deskriptif Eksposisi Penghujahan

- Gaya naratif boleh ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu. - Menerangkan atau memerikan sesuatu.

- Menggunakan pemerhatian dan pengamatannya untuk menerangkan sesuatu hal. Di tahap yang lebih halus, penulis ada kalanya menggunakan pancainderanya, di samping perasaan hati dan pandangannya.

- Penulis menggambarkan peristiwa, contoh kiasan dan sebagainya.

- Pengalaman seseorang, watak-watak dalam novel, drama dan sebagainya.

- Dengan cara deksriptif ini, penulis boleh menggunakan teknik-teknik induktif, deduktif atau analogi. - Mendedahkan sesuatu isu, perkara.

-Cara ini sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep, pandangan, cadangan, proses, atau sejarah sesuatu, dengan menggunakan mana-mana teknik sama ada deduktif, induktif atau analogi. - Cara penulis menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang, menyookong atau menunjukjkan sikap berkecuali.

-Kebenaran yang hendak ditunjukkan mestilh berasakan fakta atau bukti yang konkrit.

-Kebenaran tidak berasaskan emosi sahaja.



Kesantunan Berbahasa

1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

9, Lihat contoh berikut:

Pak Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.

Mak Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri

Tok Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.

Abang Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.

Kakak Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.

Adik Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.



10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik

11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan

Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

12. Gelaran Pergaulan Bebas

Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.

Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.

Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.

Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.

Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.

Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14. Gelaran Warisan

Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

16. Gabungan Gelaran

(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji

(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji

(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.

(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik

(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

17. Rujukan Hormat

Orang Yang Disapa Rujukan Hormat

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri Duli Yang Maha Mulia

Balu Raja Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia

Bergelar warisan Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Yang Berhormat

Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Yang Berhormat Mulia

Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Yang Berbahagia

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif

Ketua Polis Negara Yang Amat Setia

Hakim, Kadi Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah

Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha



FONOLOGI BAHASA MELAYU

Definisi

Kajian tentang bunyi bahasa oleh manusia yang mempunyai lambang.

Penggolongan bunyi BM – ada 2 golongan iaitu

a. Fonetik – Pertuturan oleh manusia melalui 3 cara:
1. Fonetik artikulasi – mengkaji bunyi yang dikeluarkan oleh alat artikulasi
2. Fonetik pendengaran – mengkaji pendengaran dapersepsi bunyi. Bunyi yang dihasilkan melalui letupan, letusan, sengauan dll.
3. fonetik akustik – mengkaji sifat fizikal bahasa supaya dapat digolongkan mengikut kategori.

b. Fonemik – menganalisa sistem bunyi secara sinkronik untuk mengenal pasti fonem-fonem dalam bahasa dan mengeluarkan lambang-lambangnya

Konsep bunyi, fonem, huruf dan suku kata.

a. Bunyi - yang dikeluarkan oleh alat ujaran.Mesti ada makna. Berterusan. Boleh dipenggalkan mengikut suku kata.

b. Fonem - (huruf)unit bahasa yang terkecil dan berfungsi dalam sesuatu bahasa. Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon.

c. Huruf - Lambang fonem disebut huruf.Lambang dalam bahasa membentuk perkataan dalam tulisan. Terdapat 3 jenis lambang:

i. Lambang ideogram. Satu lambang satu idea. Contoh bahasa cina.
ii. Lambang suku kata. Satu suku kata ada makna. Contoh bahasa rencong dan jawa.
iii. Lambang fonologis atau fonemik. Lambang yang dicantum menjadi tulisan yang mempunyai makna. Contohnya lambang romawi dan cyrilik. Sistem romawi digunakan dalam tulisan rumi bahasa melayu.Dalam ejaan rumi ada 26 huruf atau lambang. 21 fonem konsonan dan 5 fonem vokal. Bahasa pinjaman terdiri dari 5 huruf gabungan iaitu gh, kh, ny, sy dan ng
d. Konsep suku kata - pecahan sesuatu perkataan terdiri satu vokal atau gabungan vokal dengan konsonan. Terdapat 11 pola suku kata. 4 pola suku kata asli, 7 pola suku kata pinjaman.

ALAT UJARAN

a. alat pernafasan
b. alat sebutan

a. Alat pernafasan.
Alat pernafasan memainkan perana dalam mengeluarkan bunyi bahasa. Ia berkait rapat dengan sistem udara yang keluar masuk ke dalam paru-paru. Antaranya ialah.

i. Paru-paru ~ menyedut udara masuk dan keluar. Menghasilkan bunyi melului pelbagai sekatan ke atas arus udara.
ii. Rongga rengkung ~ terdapat peti suara. Terdapat halkum yang akan bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tinggi dan rendah bunyi yang dihasilkan. Peti suara penting kerana di dalamnya terdapat pita suara atau glotis.Jika pita suara digetarkan, bunyi bersuara akan dihasilkan. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi tidak bersuara akan dihasilkan.
iii. Rongga tekak ~ rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan mengikut kesesuaian bunyi. Lelangit lembut boleh di angkat menutup rongga hidung dan membuka rongga ini supaya udara dapat melaluinya.
iv. Rongga hidung ~ rongga ini ialah ruang yang terletak di atas rongga mulut. Jika lelangit lembut diturunkan, arus udara akan masuk ke rongga hidung dan menghasilkan bunyi sengau.
v. Rongga mulut ~ rongga ini terletak di antara rongga tekak dengan bibir

ALAT SEBUTAN (alat pertuturan)
Alat yang terlibat secara langsung dalam proses penghasilan bunyi contohnya bahagian lidah, bibir, gusi dll. Dibahagi dua iaitu:
i. alat artikulasi atau alat pengeluar.
ii. Titik atau daerah artikulasi atau daerah pengeluar

1. Alat artikulasi atau pengeluar
Alat pertuturan manusia yang dapat bergerak dari satu arah ke satu arah yang lain untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Alat- alat itu ialah:
a. Bibir atas dan bawah: berfungsi membuat sekatan kepada arus udara yang keluar dari rongga mulut. Kedua-dua bibir dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan.
b. Tulang rahang ~ menentukan kedudukan bibir dan gusi. Jika rahang terbuka, mulut akan terbuka luas dan sebaliknya.
c. Lidah ~ alat terpenting dalam penghasilan bunyi bahasa. Gerakan lidah akan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Lidah terbahagi kepada 5 iaitu hujung, daun lidah, depan lidah, belakang lidah dan akar lidah
d. Lelangit lembut ~ lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak, rongga hidung akan tertutup. Udara akan keluar melalui rongga tekak dan menghasilkan bunyi biasa. Jika lelangit lembut diturunkan, udara akan keluar melalui hidung akan menghasilkan bunyi sengau. Alat ini penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau atau tidak.
e. Pita suara ~ amat penting dalam penghasilan bunyi. Terdiri daripada dua keping selaput nipis dan ruang di antara kedua-dua selaput ini dipanggil glotis. Kepentingan glotis adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu bersuara atau tidak.

• jika glotis sempit, berlaku getaran- bersuara
• Jika glotis direnggangkan, tiada getaran – tidak bersuara
• Jika glotis dirapatkan – sekatan – bunyi batuk
• Jika glotis dibuka luas – tiada sekatan - bisikan

Daerah artikulasi atau pengeluar
Bahagian yang tidak dapat digerakkan sewaktu penghasilan bunyi. Daerah artikulasi ialah gigi, gusi, lelangit keras dan bahagian atas lelangit lembut atau velum. Daerah- daerah ini dapat disentuh oleh alat-alat artikulasi tertentu.

BUNYI-BUNYI BAHASA – VOKAL, KONSONAN DAN DIFTONG

Bunyi vokal
i. bunyi bahasa bersuara – pita suara digetarkan.
ii. 8 bunyi vokal, 6 asli [ a,e,i,o,u] dan 2 vokal dialek [ε dan כ ]
iii. 4 vokal depan [i], [e], [ε] dan [a] 1 vokal tengah [ә ә] dan 3 vokal belakang[u], [o], [ כ ]

Kedudukan vokal-vokal tersebut dirumuskan seperti berikut:

Vokal depan sempit [i] Ikan bila kali
Vokal depan separuh sempit( e taling) [e] Ekor boleh tauge
Vokal depan separuh luas [ε] Elok telor
Vokal depan luas [a] Anak masih lima
Vokal tengah ( e pepet) [ә] emak betul
Vokal belakang sempit [u] Udang butang lalu
Vokal belakang separuh sempit [o] Otak bosan logo
Vokal belakang separuh luas [ כ] Orang boleh

Bunyi konsonan

Bunyi konsonan ialah bunyi bersuara dan tidak bersuara iaitu udara dari paru-paru menerima sekatan atau gangguan udara. 2 jenis bunyi konsonan:
i. konsonan asli bm
ii. Konsonan pinjaman
Terdapat 19 bunyi konsonan asli termasuk 2 separuh vokal

Jadual 19 bunyi konsonan asli bm ikut daerah artikulasi .

letupan p, b t, d k, g k [?]
letusan C[č],j[ ĵ ]
geseran s h
getaran r
sengauan m n /ny/ [ Л ] /ng/,[ ŋ ]
sisian l
Separuh vokal w y

Terdapat 8 konsonan pinjaman dihasil melalui geseran.
i. Geseran bibir tak bersuara [ f ]
ii. Geseran bibir-gigi bersara [ v ]
iii. Geseran gigi tak bersuara – th [ θ ]
iv. Geseran gigi bersuara – dh [ð ]
v. Geseran gigi bersuara [ z ]
vi. Geseran gigi-gusi tak bersuara sy [ ŝ ]
vii. Geseran lelangit keras-gusi tak bersuara- kh [x]
viii. Geseran lelangit lembut bersuara – gh [ ồ ]

Bunyi diftong

i. Rentetan dua vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas dan mempunyai satu puncak kelantangan kerana berlakunya geluncuran dari satu vokal awal ke vokal berikutnya
ii. Diftong ialah satu fonem yang dilambangkan dengan dua lambang
iii. Diftong mempunyai dua puncak suku kata
iv. Terdapat 3 diftong dalam bm:
a. diftong [ai] – pantai, sidai, haiwan
b. diftong [oi] – boikot, sepoi, amboi
c. Diftong [au] – aurat, auta, tauliah, lampau

Cara menghasilkan bunyi bahasa

a. Bunyi vokal
b. Bunyi konsonan
c. Bunyi diftong

Vokal Depan
Vokal depan sempit (i) Lidah depan diangkat tinggi tetapi tidak menutup arus udara
Vokal depan separuh sempit (e) Bahagian depan lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal e
Vokal depan separuh luas Bahagian depan lidah diturnkan dua pertiga daripada kedudukan vokal i
Vokal depan luas (a) Bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya dalam rongga mulut

Vokal belakang

Vokal belakang sempit (u) Bahagian belakang lidah diangkat setingg-tingginya tetapi tidak menutup arus udara
Vokal belakang separuh sempit (o) Bahagian belakang lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal [u]
Vokal belakang separuh luas Bahagian belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada vokal [u]

Vokal Tengah
Vokal tengah
Bahagian tengah lidah dinaikkan pada kedudukan untuk menghasilkan vokal separuh luas dan vokal sparuh sempit tetapi tidak menutup arus udara

Bunyi Konsonan

Konsonan letupan (plosif)
Dua bibir tak bersuara [p] Tidak bergetar Dua bibr dirapatkan Padang
rapat
Dua bibr bersuara [b] bergetar Bulat
labu
Gigi-gusi tak bersuara [t] Tidak bergetar Hujung lidah rapat digusi Tali
letak
Gigi-gusi bersuara [d] bergetar Dari
ledak
Lelangit lembut tak bersuara [k] Tidak bergetar Belakang lidah dinaikkan Kalut
takut
Lelangit lembut bersuara [g] bergetar Garu
tegap
Hentian glotis [?] Tidak bergetar Pita suara dirapatkan [Kata?]
[Ketu?]

Konsonan letusan (afrikat)
Lelangit keras tak bersuara [ c ] Depan lidah ditemukan pada lelangit keras Cawan
kaca
Lelangit keras bersuara [ j ] Jala
Manja
Juri

Konsonan getaran( tril)
Gigi-gusi bersuara [ r ] Hujung lidah dirapatkan ke gigi-gusi Rambutan
Seri serak
Seroja serabut
selipar

Konsonan sisian ( lateral)

Gigi-gusi bersuara [ l ] Hujung lidah dirapatkan ke bahagian tengah gigi-gusi Lepat liat
Lelah
Lolok
Lambat
gesel

Konsonan sengauan ( nasal)

Dua bibir bersuara [m] Bergetar Dua bibir dirapatkan Makam
Laman
kelam
Gigi-gusi bersuara [ n ] bergetar Hujung lidah dirapatkan ke atas gusi Nasi
Nanak
telan
Lelangit lembut bersuara Ng [ŋ] bergetar Belakang lidah dinaikkan kelelangit lembut Angan
Ngangabengang
Lelangit keras bersuara Ny [Л] bergetar Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras Nyanyi
Tanya nyonya

Separuh vokal

Dua bibir bersuara [ w ] bergetar Bibir dibundarkan dan hujung dinaikkan Waja
Wajar Nyawa cawan
Lelalngit keras bersuara [ y ] bergetarBibir dihamparkan dan hujung lidah dinaikkan Yakin Bayi sayu

Konsonan geseran (frikatif)

Gigi-gusi tak bersuara [ s ] Tak bergetar Lidah dirapatkan pada gusi Sawan sawah
Kusut
arus
Glotis tak bersuara [ h ] Tak bergetar Lelangit lembut dinaikkan kedinding belakang tekak Harus
Kahak
Takah

Konsonan pinjaman

Bibir gusi tak bersuara [ f ] Tidak bergetar Bibir bawah dirapatkan pada gig atas Fakir
fatwa
Bibir gusi bersuara [ v ] bergetar Variasi
voltan
Gigi tak bersuara [ th ] Tidak bergetar Daun lidah berada diantara gigi dan gusi Mithal
hadith
Gigi bersuara [ dh ] bergetar Dharab
Lelangit lembut tak bersuara [ kh ] Tidak bergetar Belakang lidah dirapatkan pada lelangit lembut Khabar
akhbar
Lelangit lembut bersuara [ gh ] bergetar Ghaib
baligh
Lelangit keras gusi tak bersuara [ sy ] bergetar Daun lidah dirapatkan pada bahagian antara gusi dengan lelangit keras Syawal
isyarat
Gigi gusi bersuara [ z ] bergetar Zaman zoo

Diftong

[ ai Lidah berada kedudukan vokal depan luas dan geluncur ke arah vokal depan sempit Hairan
Petai
sakai
[ au ] Lidah berada pada kedudukan vokal depan luas dan geluncur ke arah vokal belakang sempi Auta
Auto
kerbau
[ oi ] Lidah berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit dan geluncur ke vokal depan sempit Sepoi
Amboi
tampoi

Monday, May 31, 2010

SOALAN UJIAN (PERKEMBANGAN BHS / BM KUNO

1 Rumpun Austris ialah induk bahasa yang berumur
a. 2500 tahun c. 2500 tahun hingga – 5000 tahun
b. kurang daripada 2500 tahun d. lebih daripada 5000 tahun

2 Bahasa Melayu yang tergolong dalam cabang Nusantara termasuk dalam keluarga
a. Polinesia c. Austroasia
b. Melanesia d. Austronesia

3 Perkataan Melayu dapat diertikan mengikut konsep berikut, kecuali
a. hal yang meliputi bahasa Austronesia
b. menurut Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan
c. hal yang meliputi suku bangsa yang berbahasa Melayu
d. mencakupi penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak

4 Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri bahasa Melayu kuno yang terdapat pada batu bersurat ?
I. awalan ber- ditulis sebagai mar-
II. terdapat konsonan rangkap dz dan dh
III. e pepet digugurkan sebaliknya digantikan dengan a
IV. w digunakan untuk huruf b dalam bahasa Melayu moden
a. I dan II
b. III dan IV c. I, II dan III
d. I, III dan IV

5 Batu bersurat yang ditemui di Kedukan Bukit, Kota Kapur dan Talang Tuwo ditulis dalam bahasa
a. Sanskrit c. Melayu purba
b. Melayu kuno d. Melayu klasik

6 Batu bersurat di Kedukan Bukit ditulis dengan menggunakan huruf
a. Rencong c. Palava
b. Lontar d. Devanagiri

7 Bahasa Melayu kuno menjadi bahasa yang dominan sewaktu pemerintahan kerajaan
a. Aceh c. Sriwijaya
b. Majapahit d. Johor-Riau

8 Antara yang berikut, yang manakah faktor yang menyebabkan bahasa Melayu berkembang pesat pada zaman kerajaan Melaka
I. tulisan jawi
II. pengaruh politik
III. pengaruh Islam
IV. pendidikan formal
a. I, II dan III
b. I, II dan IV c. I, III dan IV
d. II, III dan IV
BAB 1

ASAL USUL BAHASA MELAYU


a. Konsep Melayu

Dari segi akademik, konsep Melayu meliputi ruang yang luas dan tempoh masa yang panjang kerana keluasan dan penutur yang ramai.

Hipotesis Asal Istilah Melayu

Peringkat awal – istilah melayu merujuk kepada konsep kerajaan. Ini berdasarkan bukti sejarah – perkataan Melayu merujuk kepada kepada kerajaan atau kawasan bukan merujuk bangsa.

Istilah melayu mula digunakan sekitar circa 100 – 150 M.

Ptolemy - menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya Geografhike Sintaksis.

Gerini - menganggap istilah ini dalam bahasa sanskrit iaitu malayakolam atau
Malaikurram – utara pantai semenanjung malaysia iaitu Tanjung Kuantan.

Kitab hindu purba iaitu Purana – Ditemui istilah Malaya dvipa – dvipa bermaksud tanah yang dikelilingi air, banyak lombong batu – merujuk Pilau Sumatera.

Buku Pengembara cina Zaman Dinasti T’ang – Ada istila mo-lo-yu – utusan
dihantar ke China.

Istilah melayu merujuk kepada bangsa melayu wujud pada zaman melaka yang
berkembang sebagai sebuah kerajaan agung pada abad ke-17.Pada mulanya merujuk keturunan berbangsa iaitu keturunan raja-raja.

Tahun 1972 UNESCO mengatakan konsep melayu merujuk suku bangsa melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

Perlembagaan Malaysia - Melayu ialah manusia yang menutur bahasa melayu
sebagai bahasa ibunda dan menganut agama Islam

b. Salasilah Bahasa Melayu


Dalam salasilah bahasa pengkaji menggunakan faktor usia untuk menentukan perkembangan sesuatu bahasa.
Peringkat usia bahasa berdasarkan kepada filum, rumpun dan keluarga.
Filum – 5000 tahun ke atas
rumpun - 2500 – 5000
keluarga – kurang 2500
Keluarga dipecahkan kepada beberapa subkeluarga.

Beberapa teori mengatakan penutur Bahasa Melayu berasal golongan manusia yang diberi nama Astronesia.

Pembahagian rumpun bahasa Austrinesia adalah seperti rajah 2 berikut.

Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat 4 peringkat perkembangan iaitu;

BM PURBA BM KUNO BM KLASIK BM MODEN BM KINI

C. Hipotesis Tempat Asal Bahasa Melayu

i. Kawasan Asia Tengah
ii. Kawasan Nusantara


Kawasan Asia Tengah


- Orang Melayu berasal dari selatan Cina. Ada mengatakan dari Indo-China,Pantai Timur Cina Selatan iaitu Campa Dan Kemboja dan ada menyatakan Burma.
- Kelompok Melayu pertama ke Nusantara – Melayu Proto (2000 SM). Kajian Geldern – Beliung dujumpai di sungai Mekong, Sungai Irrawadi sama dengan yang dijumpai di nusantara.
- Kelompok Melayu kedua – Melayu Deutro(1500 SM) – Melayu Proto berundur ke kawasanm pedalaman. Dikenali orang asli – negrito, senoi, jakun dan temuan.
- Melayu deutro lebih bijak dalam pelayaran dan mempunyai peradaban yang tinggi.

Kawasan Nusantara

- Orang melayu memang penetap asal nusantara berdasarkan beberapa faktor.
A. Kebudayaan.

Crawfurd - Crawfurd menyatakan tempat asal orang melayu ialah Sumatera dan Jawa.Kemudian bergerak ke kawasan lain di nusantara.

b. Bahasa.

Marsden – Bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Polinesia, Malanesia dan mikrinesia. Induk bahasa ini ialah bahasa Austronesia yang tersebar ke seluruh nusantara.

c. Geografi – Nusantara pada zaman Pilosen (5 – 16 juta tahun lalu) sehingga zaman Pleistosen (18000 tahun lalu) merupakan sebuah daratan yang amat luas dikenali sebagai pentas sunda. Semasa pencairan glasier daratan ini telah terpisah menyebabkan penduduk terpisah

d. Penemuan fosil manusia – manusia moden keturunan manusia awal.


PENUTUP

• Bab ini mengkaji Salasilah Bahasa Melayu dan hipotesis tentang tempat asalnya.
• Pengkajian ini perlu mengkaji asal usul bangsa melayu kerana bangsa melayu merupakan penutur utama bahasa melayu
• Asal usul melayu masih tidak jelas kerana bukti belum dijumpai.